Komandan MTD Baru Akan Pulihkan Kepercayaan Ibu Bapa

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap, pelantikan komandan baru Maktab Tentera Diraja (MTD) menggantikan Kapten Alias Baharuddin akan memulihkan kepercayaan masyarakat dan ibu-bapa terhadap institusi pengajian tersebut yang dikaitkan dengan gejala buli.

Beliau berkata, Komandan MTD yang baru, Kolonel Zakaria Yadi merupakan seorang lepasan MTD juga dan mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan di peringkat ijazah dan sarjana selain mempunyai sarjana dan diploma dalam bidang "Defence Strategic Studies".

"Dengan tanggungjawab baru di MTD, tentulah semangatnya pun baru. Paling penting kita mahu memberi kepercayaan semula kepada ibu-bapa bahawa perbuatan membuli bukanlah satu budaya di MTD.

"Perbuatan buli di MTD berlaku hanya kerana perbuatan lima pelajar senior dan lembaga pengelola MTD telah pun menyingkirkan seorang daripada lima pelajar yang disyaki terbabit dengan kes buli itu," katanya.

Isu buli di MTD menjadi perhatian ramai selepas salah seorang pelajarnya, Kadet Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, meninggal dunia dipercayai menjadi mangsa buli dan didera oleh lima pelajar senior baru-baru ini.

Kata Zahid, Langkah-langkah ini dilakukan oleh pihak kementerian dan maktab bagi memperlihatkan keprihatinan dan menegaskan bahawa perbuatan yang diamalkan pada zaman jahiliah ini tidak pernah direstui oleh mana-mana pihak.

"Saya harap ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sini terus memberi kepercayaan kepada kami untuk mengambil kira soal disiplin, tetapi tidak akan berkompromi tentang perbuatan membuli.

"Dengan adanya komandan yang baru dan mempunyai latar belakang serta lima tahun pengalaman di MTD tentunya beliau lebih tahu secara mendalam apakah perubahan-perubahan yang diperlukan dalam MTD," katanya.

Sementara itu, kementerian juga akan membina sebuah kampus baru bagi menggantikan kampus dan kemudahan sekarang.

"Kampus itu nanti terletak kira-kira satu kilometer daripada kampus yang ada sekarang.

"Dengan adanya kampus yang lebih baik itu diharapkan dapat mewujudkan suasana berbeza daripada apa yang ada sekarang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan