Generasi Muda Mesti Dedikasikan Diri Terhadap Keamanan - Tsu Koon

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Generasi muda Malaysia mestilah mendedikasikan diri untuk mengikuti jejak langkah Duta-duta Keamanan yang mengabdikan diri mereka untuk memperjuangkan keamanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Kita diingatkan mengenai keunggulan yang sering kali tidak diiktiraf, bahawa mereka yang telah memperjuangkan keamanan dan mereka yang terkorban semasa bertugas tidak pernah mengharapkan balasan, tetapi mereka meninggalkan pesanan yang amat kuat bahawa kita mempunyai kehidupan yang singkat di dunia ini dan kita seharusnya hidup dengan hati yang mulia, berkhidmat apabila diperlukan dan menyayangi dengan sepenuh hati tidak kira di mana kita berada.

"Marilah setiap kita mencipta legasi keamanan masing-masing dan menjadikan negara kita ini lebih kukuh daripada segi politik, ekonomi dan sosial," katanya semasa berucap pada festival memperingati tokoh keamanan dunia anjuran Persekutuan Keamanan Universal Malaysia di sini malam ini.

Duta-duta Keamanan tahun ini adalah bekas Ketua Tertinggi Sami Buddha Malaysia dan Singapura Dr K. Sri Dhammananda, bekas Timbalan Presiden Hindu Sangam Malaysia R. Thiagaraja, bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Alexander Haig dan pengasas African-American Islamic Institute Shaykh Hasan Cisse. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan