Bekas Adun Gemas Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 1 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)kawasan Gemas, Datuk Mohamad Yassin Bakar meninggal dunia akibat radang paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tengah hari tadi.

Allahyarham berusia 71 tahun.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zauyah Mohamed, 63, dan tujuh orang anak, seorang lelaki dan enam perempuan berumur antara 21 dan 44 tahun.

Beliau mempunyai tujuh orang cucu.

Menurut anak sulung Allahyarham, Yasniza, 44, Mohamad Yassin meninggal kira-kira 12.30 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital tersebut semalam. "Ayah mengadu kurang sihat Sabtu lepas dan minta dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Kami hantar ayah ke IJN pagi semalam, namun pemeriksaan doktor di IJN mendapati ayah tiada masalah jantung.

"Ayah kemudian dirujuk ke HKL pada petang itu juga dan dimasukkan ke wad sebelum meninggal dunia tengah hari ini akibat radang paru-paru," katanya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Taman Sentosa, Gemas dan akan dikebumikan selepas sembahyang Asar di Tanah Perkuburan Kampung Londah, iaitu kampung asal Allahyarham.

Mohamad Yassin menjadi Adun Gemas selama empat penggal sejak 1986 dan pernah menjadi Pengerusi Tetap, Umno bahagian Tampin. Sementara itu Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Anggota Parlimen Tampin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin akar umbi yang mementingkan masyarakat yang diwakilinya.

"Saya mengenali beliau semasa saya menjadi Ketua Pemuda bahagian dan beliau ketika itu sudahpun Timbalan Ketua Bahagian.

"Beliau tidak bercita-cita tinggi dan beliau berkata beliau hanya hendak menjaga orang dan menjaga kawasan," katanya.

Malah, Allahyarham telah melepaskan jawatan Pengerusi Tetap bahagian pada tahun lalu bagi memberi peluang kepada para pelapis dan golongan muda, menurut Shaziman. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan