Pertumbuhan KDNK 6 Peratus Setahun Boleh Dicapai - Najib

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran pertumbuhan tahunan 6.0 peratus Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) bagi membolehkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi kemungkinan merupakan satu harapan yang tinggi, tetapi ia boleh dicapai.

Perdana Menteri berkata, bagi menepati sasaran itu, pelaburan awam di dalam ekonomi perlu memainkan peranan yang agak kecil daripada pelaburan swasta.

"Satu lagi segi yang penting ialah kerajaan perlu menonjolkan sektor di mana sektor swasta boleh melakukan pelaburan," kata Najib.

"Cabarannya, pada masa yang sama, ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kepada kurang daripada 3 peratus menjelang 2015 daripada 5.3 peratus sekarang ini," katanya semasa melancarkan Laporan Malaysia 2010 oleh Oxford Business Group (OBG) di sini.

Sebelum itu, Editor serantau OBG Paul Kuncinas berkata Malaysia akan mencatatkan angka pertumbuhan yang tinggi pada 2010, sekurang-kurangnya 6 peratus, berikutan lantunan semula eksport tradisi dan permintaan pengguna yang kukuh.

"Saya merasa lega bahawa OBG telah mengakui bahawa Malaysia boleh mencatatkan pertumbuhan 6 peratus tahun ini. Oleh kerana anda dapat mempertahankannya, ia adalah satu fakta," kata Najib.

Beliau juga menyatakan bahawa usaha menarik tambahan pelaburan langsung asing kini menjadi semakin mencabar dan Malaysia akan terus mencari bidang baharu pertumbuhan dan mengaktifkan semula bidang yang telah lama dilaksanakan.

"Pelaburan sedemikian akan merangkumi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara yang telah dikenal pasti," katanya.

Najib berkata, Malaysia turut mengiktiraf keupayaan negara ini untuk menggalakkan inovasi boleh menyediakan saranan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.

"Adalah jelas banyak negara menjadikan inovasi sebagai keutamaan dan kita perlu menjana usaha, untuk mendapatkan kelebihan berdaya saing," katanya.

Menurut Najib, Malaysia turut mempelajari pelajaran yang bernilai dari jiran Asia dan ia sedang di dalam proses menggunakan bidang yang betul.

Ini merupakan rangsangan bagi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) dan asas bagi dilaksanakan inisiatif dasar negara ini yang memberi fokus untuk mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Malaysia kini diambang melaksanakan transformasi struktur utama bahawa satu ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh tetapi perlu fokus pada hasil yang khusus," katanya.

Najib juga berkata, ketelusan adalah faktor utama untuk memudahkan aktiviti perniagaan dan ekonomi dan satu senarai projek kerajaan yang boleh disertai sektor swasta akan diumumkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan