Nazri Minta Maaf Kesilapan Jawapan Parlimen Baru Di Putrajaya

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini meminta maaf pada persidangan Dewan Rakyat atas kesilapan jawapan mengenai perpindahan bangunan Parlimen.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, berlaku salah tafsiran oleh pegawainya berhubung perkara itu menyebabkan jawapan bertulis yang diberikan kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) awal bulan ini tidak tepat.

"Jawapan bertulis itu diberikan tanpa mendapat kelulusan daripada saya. Perkara itu boleh berlaku kerana tafsiran yang dibuat oleh setiap pegawai tentang apa yang telah diminitkan dalam minit mesyuarat Kabinet.

"Sebab itu perkara ini berlaku. Jadi saya nak minta maaflah kerana perkara ini berlaku dan apa yang berlaku tidak patut berlaku tetapi sudah pun berlaku dan saya bertanggungjawab buat pembetulan di Dewan ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam jawapan bertulis berkenaan, Mohamed Nazri berkata, Jemaah Menteri baru-baru ini memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru didirikan di Putrajaya, manakala bangunan lama dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, isu perpindahan bangunan Parlimen itu timbul selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam penilaian ke atas bangunan itu melaporkan bahawa terdapat kemerosotan keselamatan di bangunan yang berusia 50 tahun itu.

Ekoran itu, JKR mengemukakan tiga cadangan iaitu sama ada kerajaan membaik pulih bangunan sedia ada, membina bangunan baru dan membaik pulih bangunan sedia ada atau menaik taraf bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bangunan lama dibaik pulih sebagai bangunan sejarah.

"Bagaimanapun semua itu sedang diteliti, belum ada keputusan muktamad," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan