IPT Lain Diseru Contohi UiTM Tawar Program Percuma

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) diseru supaya mengikut jejak langkah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan membuka peluang kepada golongan pekerja yang kurang berkemampuan mengikuti program pengajian secara percuma ke universiti berkenaan.

Exco Pergerakan Pemuda Umno yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, langkah sedemikan amat bertepatan terutamanya bagi membantu golongan muda.

"Usaha ini merupakan satu lembaran baru bukan sahaja dalam sektor pendidikan malah ianya dapat melahirkan modal insan yang lebih berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran kerja serta membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa UiTM akan membuka peluang kepada golongan pekerja yang kurang berkemampuan untuk mengikuti pengajian di universiti itu secara percuma.

Menurut Mohamed Khaled, ia merupakan satu tanggungjawab sosial (CSR) UiTM yang diusahakan sendiri oleh universiti berkenaan melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa.

Tambah Nazir Hussin, program berkenaan merupakan hadiah dan penghormatan yang cukup tinggi diberikan kepada kepada perkerja yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai minat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

"Usaha ini merupakan satu lembaran baru bukan sahaja dalam sektor pendidikan malah ianya dapat melahirkan modal insan yang lebih berkualiti bagi memenuhi permintaan pasaran kerja serta membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup masing-masing," katanya.

Selain itu beliau berharap para pekerja sektor perkilangan dan perkhdmatan di seluruh negara supaya menyambut baik dan bijak merebut peluang yang ditawarkan.

"Mereka juga perlu bijak memilih bidang pengajian mengikut pengalaman dan pasaran kerja.

"Golongan muda ini perlu lebih peka agar mereka tidak ketinggalan dan dapat bergerak seiring dengan hasrat kerajaan dalam perlaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB)." katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan