Cadangan Makmal NKEA Pada Dasarnya Diterima Kerajaan - Najib

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pada dasarnya semua cadangan mengenai makmal Bidang EKonomi Utama Negara (NKEA) akan diterima oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, dalam hubungan ini, ia mungkin perlu ada penambahbaikan juga.

Najib, yang berada di 12 makmal NKEA di Kelana Jaya untuk mengetahui perkembangan terbaru, berkata beliau amat tertarik bukan hanya dengan hasil makmal-makmal itu tetapi juga kerana minat dan komitmen mendalam yang ditunjukkan para peserta, yang terdiri daripada orang ramai dan sektor swasta.

"Daripada apa yang saya dapat lihat...saya fikir pada dasarnya semua cadangan anda akan diterima oleh kerajaan. Reaksi spontan saya ialah tugas itu telah dapat dilaksanakan dengan baik...satu kerja yang cemerlang," katanya dalam ucapan kepada para peserta dalam lawatannya ke makmal-makmal itu di Akademi Malaysia Airlines.

Sebanyak 12 NKEA dikenal pasti sebagai asas dalam memastikan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) (2011-2015) meliputi minyak dan gas, minyak sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, runcit dan borong, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Pada masa ini, makmal ini mengkaji pelbagai idea besar projek-projek pembangunan negara yang akan dilaksanakan oleh Malaysia.

Aktiviti ekonomi ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan NKEA merupakan bidang keutamaan negara untuk peningkatan ekonomi.

Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri menjayakan makmal-makmal NKEA sepanjang tempoh 10 minggu dari Jun hingga Ogos.

Makmal itu membolehkannya mengenal pasti dan mengkaji daya maju perancangan dan inisiatif dalam setiap NKEA selain Membangunkan pelan pelaksanaan bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan.

Najib berkata, menjelang Ogos, segala cadangan makmal-makmal itu akan dibuka kepada orang ramai untuk mendapat maklum balas.

"Kemudiannya kita akan mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang sesuai bagi memastikan semua cadangan-cadangan and (dilaksanakan)," katanya.

Najib berkata, skala usaha sama di antara orang ramai dan sektor swasta untuk bekerjasama melalui NKEA ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Ini merupakan sesuatu yang sangat bersejarah dan peluang keemasan bagi kita untuk bekerjasama sebagai satu negara, sebagai 1Malaysia untuk menjadikannya apa yang saya panggil satu lonjakan mega dari mana kita berada hari ini kepada 10 tahun yang akan datang, kita mahu benar-benar maju dan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi," katanya.

Perdana Menteri berkata, melalui transformasi negara secara besar-besaran, Malaysia akan menjadi sebuah negara terkemuka di dunia.

"Tak mengapa Malaysia tidak layak menyertai Piala Dunia. Saya hanya mahu Malaysia untuk layak sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dan menilai daripada apa yang saya perhatikan, saya berpendapat ia boleh dicapai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan