Anwar Beritahu Rakan AS Kesal Guna Istilah "Pencerobohan Zionis"

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakan-rakannya di Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis", lapor akhbar Washington Post kelmarin.

Dalam artikel yng ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk Flirting with zealotry in Malaysia.

Anwar berkata, beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad", kata Diehl.

"Kenapakah saya menggunakannya sedangkan ia telah menimbulkan begitu banyak salah faham? Saya perlu lebih berhati-hati," kata Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang dipetik penulis itu.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana bendera Israel telah dibakar dan telah membuat sindiran pedas tentang firma perhubungan awam berpejabat di Washington "yang dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Diehl berkata, kebanyakan rakan Anwar, termasuk bekas diplomat dan bekas pemimpin Bank Dunia Paul Wolfowitz nampaknya berkecenderungan untuk memberi peluang kepada beliau untuk bernafas.

Diehl berkata Wolfowitz memberitahu beliau: "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang bergelut untuk hidup - secara fizikal dan dalam bidang politik - daripada serangan sebuah kerajaan yang menyifatkannya sebagai 'boneka Yahudi', kita patut beri sedikit ruang kepadanya".

Kata Diehl dalam perbicaraan kes liwat keduanya sekarang, Anwar tidak mendapat sokongan daripada AS seperti yang diterimanya ketika menghadapi tuduhan liwat kali pertama dahulu di mana naib presiden ketika itu dan rakan-rakannya yang lain telah membela pemimpin pembangkang itu.

Presiden Barack Obama sendiri tidak berkata apa-apa secara terbuka tentang Anwar ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Washington pada April, katanya.

Beliau berkata, Anwar mempunyai cara sendiri untuk melawan dengan cuba membalas balik tuduhan bahawa beliau adalah ejen Israel dan "pengampu Amerika yang memuja Wolfowitz".

"..dia cuba melawan balik dengan mendakwa Apco telah memanipulasikan kerajaan supaya menyokong kepentingan Israel dan Amerika.

Beliau juga berkata, ejen Israel telah menyusup ke dalam pasukan keselamatan Malaysia dan terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan," tulis Diehl. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan