Abdul Khalid 'Tumbang' Tapi Tidak Hilang Semua

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMASA pemukiman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan selama dua hari di Shah Alam baru-baru ini, peminat-peminat politik tanahair beranggapan kontroversi kononnya ada cubaan menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor oleh komplot 15 Ahli Parlimen akan 'hilang' begitu sahaja.

Malah cakap-cakap bahawa kumpulan 'penderhaka' itu yang didalangi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali itu hanyalah omongan politik murahan yang mahu mengkucar-kacirkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

Dengan kata lain, semuanya baik sahaja. Tiada apa-apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat Selangor malah isu itu tidak dibangkitkan langsung sepanjang pemukiman.

Tetapi apabila, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri berkuat kuasa serta merta Ahad lalu, nampaknya sahih bahawa Abdul Khalid berjaya 'digulingkan' kerana jawatan itu sebelum ini miliknya.

Ya, Abdul Khalid masih di tampuk kuasa pentadbiran negeri tetapi hakikatnya kuasa politiknya ke atas negeri telah hilang. Beliau umpama harimau tanpa taring dan seteru rapatnya, Azmin akhirnya berjaya menduduki kerusi idaman buat masa ini. Inilah kompromi yang dapat dilakukan demi meredakan gelombang menjatuhkan Menteri Besar yang juga sahabat baik Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Ternyata pertembungan antara rakan baik dan protege bekas timbalan perdana menteri berkenaan 'memeningkan kepala' Anwar dan akhirnya keputusan pahit terpaksa dibuat.

"Azmin ambil satu, Khalid ambil satu."

Agaknya itulah yang difikirkan Anwar sebelum pengumuman dibuat oleh isteri beliau.

Mungkin ada benarnya kata-kata pensyarah Pusat Pengajian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain:

“Azmin Ali punya cita-cita politik yang besar, dia mahu jadi Menteri Besar Selangor sebelum pilihan raya umum ke-13."

Lebih-lebih lagi dalam keadaan Menteri Besar dicanang ke seluruh negeri sebagai seorang yang gagal mentadbir sehingga di Cabangnya sendiri, Kuala Selangor menolaknya.

Bara kekuatan kelompok Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa seakan-akan tidak dapat dibendung lagi.

Untuk menyejukkan hati maka Abdul Khalid yang kini sedang bercuti sambil menghadiri Sidang Kemuncak Bandar Sedunia 2010 dan Minggu Air Sedunia atas jemputan kerajaan Singapura berkata, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri merupakan satu 'cara pentadbiran baru'.

Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," jelas Abdul Khalid lagi.

Ramai berkata, pusingan pertama Azminlah pemenangnya. Beliau sekarang mungkin sedang rancak menyusun strategi untuk langkah seterusnya.

Semua tahu bahawa Azmin seorang yang bercita-cita besar sama seperti mentornya yang mahu menghuni Seri Perdana, Putrajaya.

Orang dalam PKR sendiri memberitahu, beliau tidak akan berhenti di situ sahaja. Akan ada kejutan-kejutan seterusnya sehinggalah beliau mencapai kemuncak cita-citanya di Selangor lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum ke-13.

Mungkin percaturan Anwar ialah mahu menggenggam erat Selangor kerana negeri itu kaya. Ia tidak boleh dilepaskan.

Agaknya dengan pelantikan Azmin dapat menambahkan mana-mana perkara yang Abdul Khalid terlepas pandang sebelum ini. Dengan Abdul Khalid, Anwar berasa semakin longgar genggamannya ke atas Selangor, maka keputusan mengutuskan Azmin dilihat sebagai strategi yang tepat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan