4 Pelajar MTD Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kematian seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siastan diselesaikan.

Kesemua mereka dibebaskan pada petang Selasa.

Sumber memberitahu pada hari ini bahawa kertas siasatan tersebut dijangka akan diselesaikan dalam minggu ini.

Para pelajar terbabit ditahan selepas didakwa terlibat dalam kes kematian Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, pada minggu lepas.

Rabu lepas, Mohammad Naim dijumpai tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Salah seorang daripada lima pelajar terbabit telah disingkirkan, manakala komandan MTD, Kapten Alias Baharuddin telah ditukarkan serta-merta oleh Kementerian Pertahanan.

Difahamkan, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya (DPP).

Sumber berkenaan turut berkata, kertas siasatan telah dihantar kepada DPP, namun dikembalikan semula bagi mendapatkan lebih banyak maklumat.

“Kami menjangka untuk menyerahkan semula kertas siasatan dalam minggu,” menurut sumber itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan