1Malaysia Teras Pembinaan Bangsa, Ekonomi Moden - Najib

Diterbitkan: Rabu, 30 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsep 1Malaysia merupakan bahagian terpenting bagi mengukuhkan proses pembinaan bangsa mahupun untuk membina nilai bagi sebuah ekonomi moden, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bagi sesebuah negara untuk bergerak ke depan dan berdepan dengan pelbagai cabaran, ia perlu untuk mempunyai teras dan asas yang kukuh, yang hanya boleh dicapai jika wujudnya perpaduan nasional yang bakal menyediakan negara itu dengan landasan penting untuk kestabilan.

"Perpaduan nasional merupakan sistem nilai, satu proses pemikiran yang perlu diperjelaskan kerana setiap orang mempunyai pendapat berbeza mengenai apa itu maknanya perpaduan nasional.

"Jadi, apabila kita bercakap mengenai 1Malaysia kita menghuraikan secara terperinci nilai fundamental berkaitan dengan perpaduan nasional, jadi rakyat akan faham apa itu makna proses menjadi satu, katanya dalam satu temu bual dengan Oxford Business Group (OGB), penerbit The Report: Malaysia 2010.

Buku itu dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri yang memberikan gambaran keseluruhan mengenai peluang-peluang perniagaan, perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

Ia juga menyorot rancangan-rancangan kerajaan dan dasar-dasar termasuk Model Baru Ekonomi yang dilancarkan baru-baru ini (MBE) dan begitu juga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), dalam usahanya untuk mentransformasikan negara ini menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Dalam temu bual itu, Najib juga menjelaskan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu memainkan peranan mereka bagi menyumbang ke arah usaha pembinaan bangsa untuk menjadikan negara ini dapat bersaing diperingkat global.

"Bakat-bakat ini merupakan aset yang berharga bagi kita. Sebab itu kenapa ianya penting bagi kita mempunyai perasaan ini bahawa setiap seorang rakyat Malaysia adalah penting dan bahawa kita mempunyai satu sistem di negara ini yang membenarkan setiap rakyat Malaysia untuk menyedari bahawa mereka mempunyai potensi yang maksimum," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan