Suara Keadilan Diberi Tempoh Seminggu Jawab Isu Felda Muflis

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akhbar Suara Keadilan akan diberikan tempoh selama tujuh hari bermula semalam untuk memberi penjelasan berhubung laporan berita yang mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutun (Felda) telah muflis.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam berkata, selain penjelasan berhubung isu berkenaan, akhbar itu juga diminta memberikan keterangan berhubung kegagalannya menjawab tiga surat tunjuk sebab yang dihantar pada Januari, Februari dan April tahun ini.

Penjelasan bagi ketiga-tiga surat itu katanya, harus diberikan tidak lewat dari pukul 5 petang esok di kementerian berkenaan jika gagal akan berhadapan dengan tindakan tegas.

"Antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung atau membatalkan permit mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung dengan keputuan Felda untuk menyaman akhbar itu ekoran laporan muka depannya pada keluaran Bilangan 237 bertarikh 21 hingga 29 Jun 2010.

Ketika ditanya mengenai kandungan tiga surat tunjuk sebab berkenaan, beliau berkata surat tunjuk sebab pada Januari dan April, masing-masing melibatkan kegagalan syarikat akhbar berkenaan untuk mematuhi peraturan KDN iaitu menghantar lapan salinan akhbar itu pada setiap keluaran kepada kementerian.

"Setiap akhbar kena hantar lapan salinan kepada KDN, bermula dari waktu ia dicetak untuk setiap keluaran. Kalau akhbar harian hantar setiap hari dan macam dia (Suara Keadilan) seminggu dua kali. Dia tak pernah buat...(ia) tak pernah berlaku," kata Mahmood.

Surat tunjuk sebab pada Februari, katanya mengenai tiga artikel dalam akhbar berkenaan yang bertajuk Umno dan BN Ketagih Hasil Petronas, BN Bolot Jualan Saham Pernas serta Umno dan BN Merosakkan Institusi Perubatan.

"Saya rasa anda semua faham mengenai tanggungjawab ini, janganlah berdegil sangat. Kita hantar peringatan dan berulang kali mengingatkan (mereka)...degillah dan kita panggil (dia) hari Jumaat lepas, dia tak datang juga dan dia keluarkan kenyataan pada kita, jadi tak eloklah keluar kenyataan macam tu kan," tambahnya.

"Ini kali pertama KSU (Ketua setiausaha) panggilkan, KSU tak pernah panggil sebelum ini," katanya.

Ketika ditanya sama ada penjelasan itu perlu dijawab melalui surat atau secara lisan oleh editor, Mahmood berkata segalanya terserah kepada budi bicara pihak akhbar itu untuk menentukannya.

"Terpulang kepada dia. Kami memerlukan penjelasan mereka dan selepas itu kita akan bermesyuarat untuk melihat sama ada penjelasan itu boleh diterima pakai atau tidak.

"Dia janji dia akan datang. Itu sangat adil kerana kita dah bagi dia surat ingatan. Alasan dia kata dia tak terima (surat) jadi itu sangat mustahil," katanya.

Sementara itu, Dzulkarnain ketika ditemui selepas pertemuan itu mendakwa, ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan dihantar ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya sedangkan pejabat operasi akhbarnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

"Mungkin (ada kesilapan) dari segi komunikasi sebab pejabat operasi Suara Keadilan terletak di Seksyen 13, Shah Alam dan surat itu dihantar ke ibu pejabat parti di Tropicana.

"Kita perlu lihat surat itu dan kita akan patuh serta telah memberi jaminan untuk beri sepenuh kerjasama kepada KDN," katanya.

Beliau berkata, surat jawapan itu akan dihantar esok manakala surat tunjuk sebab berhubung isu Felda akan dihantar pada kadar segera, seboleh mungkin menjelang Rabu ini.

"KSU mahu kami hantar surat ini secepat mungkin, kalau boleh menjelang 30 Jun kerana mereka juga dalam masa yang sama sedang meneliti permohonan kami untuk memperbaharui permit yang akan tamat pada tarikh yang sama, 30 Jun.

"Permohonan untuk memperbaharui permit itu telah kami hantar tiga bulan lepas," tambahnya.

Dzulkarnain juga mendakwa, beliau telah memohon sedikit masa kerana perlu meneliti tiga artikel yang disebut dalam surat tunjuk sebab berkenaan tetapi Mahmood bertegas agar jawapan bagi ketiga-tiga surat diberikan esok.

Beliau juga menarik perhatian berhubung kegagalan syarikat mematuhi peraturan untuk menghantar lapan salinan akhbar kepadanya bagi setiap keluaran, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan