Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklumbalas terhadap cadangannya mememansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan yang telah dikemukakan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.

"Ada yang berpendapat yang penting bukan peperiksaaan tapi setiap pelajar perlu dinilai prestasi mereka setiap tahun, sama ada dalam bentuk peperiksaan awam atau berasaskan sekolah, kita ambil kira semuanya.

"Sebab memang dalam sistem persekolahan sekarang sudah ada penilaian dibuat secara berkala, tiga bulan sekali dan ada yang setiap bulan tetapi kerana sistem itu menjurus kepada peperiksaan, sebahagian besar mengarah kepada nak mendapat keputusan terbaik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Selasa di akhir lawatan rasmi beliau selama tiga hari ke Indonesia.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan UPSR dan PMR di masa hadapan kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Antara kemungkinan yang sedang dikaji ialah UPSR dan PMR akan hanya diteruskan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Pada masa yang sama beliau meminta semua pihak memberi pandangan terhadap cadangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan