Pengangguran: Majikan Jangan Hanya Utamakan Ijazah - Berita Semasa | mStar

Pengangguran: Majikan Jangan Hanya Utamakan Ijazah

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masalah pengangguran di kalangan graduan di negara ini mampu diselesaikan sekiranya majikan tidak hanya menumpukan kepada kelulusan yang dimiliki oleh siswazah di negara ini.

Sebaliknya, majikan perlu memberikan keutamaan kepada produktiviti yang dapat dihasilkan disamping kesesuaian calon itu bagi sesuatu pekerjaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam, berkata masalah berpunca daripada bidang pengajian yang diambil oleh para graduan kerana kursus berkenaan bukan daripada bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada pasaran.

"Masalah itu sedang diatasi dengan pengambilan graduan yang tidak hanya ditumpu kepada kelulusan calon, tetapi lebih kepada produktiviti dan kesesuaian calon," katanya menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang bertanya mengenai jumlah dan punca graduan menganggur di negara ini.

Subramaniam berkata, mengikut statistik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jumlah siswazah yang gagal mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian adalah kira-kira 30,000 orang.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi meningkatkan keboleh pekerjaan graduan, kementerian melalui Pembangunan Sumber Manusia sudah melaksanakan Program Kebolehpekerjaan Graduan dengan memberi nilai tambah sebelum memasuki pasaran pekerjaan terutama dalam bidang latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diperlukan bagi perkhidmatan berpendapatan tinggi.

"Seramai 1,000 graduan akan dilatih di bawah skim ini dengan bantuan kewangan berjumlah RM10.5 juta," katanya.

Selain itu, Subramaniam berkata, beberapa program khas turut diadakan oleh kementerian lain termasuk Program Peningkatan Skim Perindustrian oleh Kementerian Kewangan, Skim Pengurusan Kebolehpekerjaan Graduan (GEMS) oleh Khazanah Nasional Berhad dan Program Penyumberan Proses Perniagaan dan Program Latihan SME-Universiti oleh KPT.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan