Penempatan Semula Banduan Dibuat Elak Penjara Sesak

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kompleks penjara di seluruh negara kini dalam proses penyusunan dan penempatan semula banduan sebagai langkah bagi menyelesaikan masalah kesesakan dalam penjara.

Ketua Pengarah Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar berkata penyusunan dan penempatan itu dilaksanakan dengan cara menempatkan banduan mengikut kesalahan dan peringkat umur masing-masing.

"Kami sedang mengkategori dan mengklasifikasikan banduan mengikut kesalahan dan peringkat umur mereka bagi mengelakkan masalah kesesakan banduan," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong ke Penjara Kajang hari ini.

Beliau berkata sebagai contoh, Penjara Kajang menempatkan pesalah yang menunggu proses penghukuman manakala penjara Sungai Buloh menempatkan mereka yang dikenakan perintah tahanan reman.

"Selain itu, kita akan wujudkan pengkhususan penjara seperti penjara wanita, penjara dadah dan penjara muda iaitu untuk banduan yang berumur 21 tahun ke bawah," katanya. Beliau berkata kaedah pengkhususan penjara itu juga dilaksanakan agar modul yang digunapakai dalam program pemulihan banduan lebih berkesan berbanding sistem sebelum ini iaitu banduan dengan pelbagai kesalahan bercampur antara satu sama lain.

"Kita mahu proses pemulihan banduan dilakukan melalui pendekatan yang lebih berkesan. Ini kerana modul pemulihan yang digunakan berbeza mengikut kesalahan yang dilakukan (banduan)," katanya.

Zulkifli berkata sebanyak 10 penjara di negara ini mengalami kesesakan berikutan penempatan banduan yang tidak seimbang dengan kapasiti yang ditetapkan di penjara itu.

Beliau berkata antara penjara itu ialah di Sandakan, Kota Kinabalu, Pengkalan Chepa, Tapah dan Kluang.

Sehingga kini terdapat 34,930 banduan di 31 penjara seluruh negara dengan kira-kira 33.9 peratus banduan adalah rakyat asing, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan