Penduduk Digesa Beri Maklumat Tepat Pada Banci

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia diminta bekerjasama dengan memberikan maklumat tepat semasa Hari Banci Penduduk dan Perumahan Rakyat 2010 kerana ia memudahkan kerajaan membuat perancangan demi kesejahteraan semua pihak.

Ketua Perangkawan dan Pesuruhjaya Banci, Datuk Wan Ramlah Wan Abd Raof berkata maklumat tepat yang diperoleh semasa bancian akan memberi kesan baik untuk perancangan masa hadapan.

"Mungkin orang ramai tidak nampak sekarang manfaatnya namun ia akan dapat dilihat apabila mereka menikmatinya pada masa hadapan. Umpamanya kita menikmati jalan raya, kemudahan-kemudahan awam, air dan sebagainya sekarang adalah berdasarkan bancian lepas.

"Sebab itulah apabila kerajaan hendak membuat suatu perancangan atau dasar, mereka memerlukan maklumat lebih terperinci, contoh kalau nak buat sekolah di sesuatu daerah penggubal atau perancang mesti nak tahu jenis sekolah apa sesuai dibina di situ," katanya kepada Bernama selepas program "Hello Malaysia" di Bernama TV.

Hari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia akan bermula pada 6 Julai hingga 22 Ogos dengan melibatkan kos RM200 juta.

Tidak menafikan ada pihak yang akan mengambil kesempatan pada hari banci akan datang, Wan Ramlah meminta orang ramai memastikan pembanci bukannya palsu.

"Orang ramai mesti lihat autoriti kad pada pembanci tersebut yang mana kad mempunyai tandatangan penguasa daerah kawasan yang dibanci," katanya.

Bagi mereka yang sibuk, khususnya yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan e-census untuk memudahkan mereka memberikan maklumat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan