Nisbah Pengundi Melayu Kurang Bukti SPR Gagal

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendedahan kajian daftar pemilih yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahawa nisbah pendaftaran pengundi baru adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) membuktikan kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan peranan mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan suruhanjaya gagal memberikan kesedaran kepada orang Melayu untuk mendaftar sebagai sebagai pengundi.

“Pendedahan itu hanya melihatkan kelemahan SPR dalam gerak kerja mereka untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk mendaftar sebagai sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu Abdul Hadi menyifatkan kajian berkenaan bersifat perkauman dan tidak benar.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan satu agenda politik yang sengaja ditimbulkan bagi menakutkan orang Melayu dengan meletakkan kaum Cina sebagai ancaman kuasa politik pengundi Melayu di negara ini.

“Laporan yang dibuat oleh Pemuda Umno dan SPR jelas sekali bersifat rasis,” dakwa beliau.

Mengulas lanjut, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, kerajaan sepatutnya meminda undang-undang sedia ada dengan membenarkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang telah mencapai umur 21 tahun.

“Kerajaan patut meminda undang-undang dengan mempunyai sistem jaringan maklumat dengan Jabatan Pendaftaran.

“Sebaik sahaja pengundi ini mencapai usia 21 tahun maka pendaftaran dapat dibuat secara automatik. Maka tidak akan tibmul isu pengundi Melayu sedikit berbanding kaum Cina,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mencabar Pemuda Umno membuktikan dasar keterbukaan mereka dengan menyokong pendaftaran pengundi muda secara automatik.

“Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen,” ujanrya. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, kenyataan yang dilaporkan ternyata tidak benar sama sekali kerana SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 70 peratus pengundi muda terdiri daripada golongan Bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan, sebuah akhbar tempatan yang memetik Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno, Hishamudin Yahya mendakwa senario yang berlaku ialah nisbah orang Melayu yang mendaftar sebagai pemilih ialah 1:40 orang bukan Melayu.

Yahya mendakwa senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu kerana kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan