Masalah Umno Bahagian Rantau Panjang Jejas Imej Parti

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini masalah kepimpinan dalam Umno bahagian Rantau Panjang, Kelantan menjejas imej parti.

Katanya, kes mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu yang diadakan oleh dua kumpulan pemimpin secara berasingan pada Sabtu lalu juga menunjukkan bahawa ada pihak yang tidak menghormati perlembagaan parti.

"Di peringkat itu sudahpun ada bahagian yang sah. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, kedua-dua pihak itu kawan saya juga... semuanya kawan, tapi bila soal begini timbul ini pastinya akan menjejas imej parti," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno diminta mengulas kejadian dua mesyuarat perwakilan bahagian itu yang diadakan berasingan oleh ketuanya Abdullah Mat Yassin dan satu lagi oleh bekas ketua bahagian itu Datuk Mohd Zain Ismail.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata beliau telah mengarahkan Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk meneliti sebab-sebab timbulnya masalah itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan