Malaysia Pertimbang Wujud Atase Penerangan

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia akan menimbangkan cadangan untuk mewujudkan atase penerangan atau jurucakap bagi menjelaskan mengenai perkara-perkara yang menjadi perhatian media Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana hubungan Indonesia dan Malaysia adalah sangat istimewa.

"Saya gembira dengan kenyataan (pihak media Indonesia) bahawa hubungan Indonesia-Malaysia berbeda dengan hubungan Indonesia dengan negara lain, ini jelas menunjukkan wujudnya hubungan yang istimewa.

"Ini sangat kita hargai dan ini akan menjadi warisan sepanjang zaman, tidak akan hilang begitu sahaja hanya kerana kita dua negara yang berbeza dari segi sistem pemerintahan," katanya pada majlis dialog antara para editor kanan media Malaysia dan Indonesia.

Majlis dialog itu yang diaadakan atas inisiatif Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bertujuan merapatkan hubungan media antara kedua-dua negara.

Salah seorang editor media Indonesia telah mencadangkan pegawai khusus diwujudkan oleh pihak Malaysia dan Indonesia bagi membolehkan media kedua-dua belah pihak mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu yang menarik perhatian.

Iswami Malaysia dipengerusikan oleh Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad Talib manakala Iswami Indonesia dipengerusikan oleh Ketua Pengarang Agensi Berita Antara Saiful Hadi.

Muhyiddin juga memberitahu majlis dialog itu bahawa Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan mencari penyelesaian terhadap isu-isu dua hala membabitkan kedua-dua negara itu melalui perbincangan, termasuk di peringkat teknikal dan persetujuannya akan mengambil masa.

Katanya, banyak perkara boleh diselesaikan di dalam batas diplomatik.

Timbalan Perdana Menteri berharap pertemuan dan dialog hari ini akan berkembang maju dalam hubungan media yang lebih erat antara Malaysia dan Indonesia.

Ketika membuka majlis dialog itu Muhyiddin berharap para editor media kedua-dua negara akan memikirkan program-program kerjasama bagi meningkatkan hubungan Malaysia-Indonesia ke peringkat lebih tinggi.

"Kalau dirasakan pertukaran wartawan Indonesia dan Malaysia diperlukan, lakukanlah. Begitu juga dengan kerjasama dalam bidang lain seperti pertukaran berita dan maklumat, perkongsian teknikal dan kepakaran, latihan dan penganjuran forum serta seminar," katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata Iswami boleh menjadi saluran yang baik kepada wartawan kedua-dua negara untuk merujuk mengenai bahan-bahan berita yang menarik perhatian di Malaysia dan Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan