Malaysia Hilang Cukai Barangan RM198 Juta Akibat Aktiviti Penyeludupan

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan RM198 juta dalam bentuk cukai barangan akibat kegiatan penyeludupan dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata, jumlah itu berdasarkan jumlah keseluruhan rampasan barangan yang bernilai RM245.5 juta bagi tempoh yang sama.

"Jumlah cukai terbesar yang dilarikan melibatkan rokok iaitu RM146 juta, walaupun jumlah rampasan hanya RM43.6 juta. Ini kerana cukai yang dikenakan ke atas rokok lebih tinggi berbanding barangan lain," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mengenai apa yang dimaksudkan dengan nilai penyeludupan RM245.5 juta yang disebut Awang Adek dan tindakan kerajaan terhadap barangan yang dirampas.

Awang Adek berkata, jumlah yang disebutkan sebenarnya mewakili nilai semasa barangan yang dirampas, manakala barangan rampasan seperti kenderaan akan dilelong dan dadah dilupuskan dengan cara dibakar.

Beliau berkata, kes penyeludupan rokok bagi tempoh yang sama pada tahun 2008 ialah RM19.2 juta dan RM27.9 juta untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) Awang Adek berkata, jumlah keseluruhan kes penyeludupan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah RM197.3 juta dan meningkat kepada RM245.5 juta sehingga bulan Mei.

"Antara barangan yang diseludup ialah rokok, minuman keras, dadah, kenderaan dan alat komunikasi.

"Mengenai status barangan yang dirampas, 85 peratus kes masih dalam siasatan, lima peratus dalam perbicaraan di mahkamah dan 10 peratus di peringkat pemansuhan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan