Lawatan Ke Indonesia Berjaya, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatan beliau ke Indonesia berjaya memperluaskan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Beliau yang berpuas hati dengan lawatan rasminya itu, berkata Malaysia telah berpeluang membincangkan beberapa perkara utama dan mendapat respons memberangsangkan daripada pimpinan Indonesia.

"Sebahagian daripada isu-isu yang dibangkitkan telah dapat diselesaikan dan yang lain-lainnya akan diberikan perhatian secepat mungkin untuk diatasi," katanya pada sidang akhbar untuk wartawan Malaysia di akhir lawatan tiga hari ke republik itu di sini Selasa.

Muhyiddin turut mengundang Naib Presiden Boediono untuk berkunjung ke Malaysia bagi melanjutkan perbincangan yang telah mereka adakan di sini semalam.

Pertemuan beliau dengan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Mohammad Nuh semalam juga berlangsung dengan penuh mesra dan Mohammad Nuh telah menyarankan agar kedua-dua negara memperluaskan skop kerjasama dalam bidang pendidikan.

Begitu juga dengan sesi perbincangan meja bulat dengan pada anggota Dewan Perniagaan dan Perdagangan Indonesia (KADIN) serta usahawan Indonesia, yang telah berlangsung dengan jayanya.

"Pada pertemuan ini kita telah dapat menyampaikan mesej tentang pentingnya hubungan dua hala dalam bidang ekonomi dan pelaburan dipertingkatkan lagi.

"Kita juga dengar pandangan pengusaha dan peniaga tentang perkara- perkara yang mereka mahu kita berikan perhatian. Ada kesungguhan daripada pihak mereka untuk melihat hubungan perdagangan dan perniagaan terus dipertingkatkan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga telah memberitahu usahawan Indonesia tentang minat pengusaha Malaysia untuk melabur dan mengadakan perkongsian strategik dengan mereka dan kesediaan Malaysia menerima pandangan tentang bagaimana memperbaiki bidang ini.

"Saya telah beritahu kalau mereka menghadapi masalah, kita akan mengambil langkah proaktif untuk membantu supaya dapat diselesaikan masalah itu," katanya.

Mengenai format baru Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Indonesia, Muhyiddin berkata ia akan distruktur semula dengan meletakkan tanggungjawab di peringkat kumpulan kerja iaitu jawatankuasa yang dipimpin oleh menteri dalam bidang berkaitan sebelum dibawa ke JCM.

Dalam format baru itu, JCM akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum pemimpin kerajaan kedua-dua negara bertemu pada rundingan tahunan.

"Elok hal-hal bilateral Malaysia dan Indonesia diselesaikan di peringkat menteri-menteri dan kemudian dilaporkan kepada pihak JCM. Kalau ada perkara mengenai bidang tertentu yang perlu dibawa ke peringkat tertinggi, kedua-dua pemimpin akan memutuskan.

"Ini lebih kemas, bermakna usaha memperbaiki hubungan dibuat secara berterusan. Kekerapan dalam pertemuan untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit adalah amat penting, kita tidak boleh tunggu setahun sekali sebagai contoh, kerana tempoh setahun itu agak panjang, macam-macam boleh berlaku," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kedua-dua negara berharap melalui pendekatan baru itu, hubungan Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih rapat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan