Khairy 'cacamerba' - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perang mulut antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali belum berkesudahan apabila semalam Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu secara sinis menggelar Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu seorang yang 'cacamarba'.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada Khairy yang menggelarnya 'gedebe politik' atau samseng politik, beliau tidak kisah digelar sebegitu kerana 'gedebe' membawa pengertian berani dan tidak pernah takut.

"Selepas dianugerahkan dengan gelaran 'jaguh kampung' dapat pula anugerah 'gedebe politik', selang sehari dapat dua anugerah.

"'Gedebe' adalah bahasa loghat Kelantan dan maknanya berani, tidak pernah takut, jadi kini saya seorang jaguh kampung yang berani," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini semalam.

Kelmarin Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik).

Khairy bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkannya sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Banyak pihak berasa tidak senang dengan perbalahan terbuka kedua-dua tokoh terbabit yang menganggap ia tidak menguntungkan orang Melayu.

Ibrahim berkata, beza antara 'gedebe' dan 'cacamerba' amat ketara jauh.

"Walaupun digelar 'gedebe' tapi berani bela bangsanya dengan keupayaan sendiri," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan