Eksklusif mStar: Komandan MTD Diarah Tukar Ekoran Kematian Pelajar - Berita Semasa | mStar

Eksklusif mStar: Komandan MTD Diarah Tukar Ekoran Kematian Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan hari ini mengarahkan Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kapten Alias Baharuddin ditukar serta-merta ekoran kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bercakap kepada mStar Online berkata, pelantikan komandan baru telah dilakukan oleh kementerian.

Beliau menegaskan, tindakan drastik yang dikenakan terhadap komandan itu adalah wajar memandangkan beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan para pelajar berada dalam keadaan baik serta berdisiplin.

"Tindakan itu adalah serta-merta dan wajar. Saya mengarahkan supaya komandan ditukar.

"Saya gantikan komandan bukan bermakna dia tak buat kerja. Tapi dia perlu bertanggungjawab dalam kes ini dan menerima hukuman," tegas beliau di sini hari ini.

Semalam, seorang pelajar tingkatan lima maktab itu yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim disingkir serta-merta daripada pengajiannya.

Empat lagi rakannya digantung pengajian sehingga siasatan kes selesai.

Keputusan dibuat untuk menyingkirkan pelajar itu serta-merta selepas siasatan mendapati pelajar tersebut membuli dengan niat sejak awal tahun ini.

Beliau memberitahu, pihak maktab membuat keputusan untuk menyingkir pelajar tersebut serta-merta manakala kes saman sivil juga akan dikenakan selain akan berdepan tindakan daripada tentera, kementerian dan polis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih ketat dalam memastikan gejala buli dan kejadian seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.

"Kementerian memandang serius kes ini. Peraturan dan kawalan yang lebih ketat akan dijalankan," katanya.

Mengulas tentang reputasi MTD dan persepsi masyarakat khususnya ibu-bapa yang dikatakan bimbang untuk menghantar anak mereka meneruskan pengajian di situ, beliau menolak tanggapan tersebut.

"Tidak, tidak akan timbul isu seperti ini. Permintaan dan permohonan yang diterima untuk memasuki pusat pengajian ini jelas sekali lebih banyak daripada tempat yang disediakan," katanya.

Mohammad Naim meninggal dunia Khamis lepas di Pusat Perubatan Angkatan Tentera di Kem Sungai Besi selepas tidak sedarkan diri dipercayai dibuli.

Pada 25 Jun lalu, polis menahan kelima-lima pelajar tingkatan lima kolej itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh, yang membawa hukuman mati mandatori.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan