Adun Johor Jaya Halang Cubaan Bunuh Diri

Diterbitkan: Selasa, 29 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya Tan Cher Puk berjaya menghalang niat seorang lelaki untuk terjun dari sebuah bangunan bank empat tingkat di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, hari ini.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Yeo Nam Soon, 37, cuba membunuh diri selepas gagal menyelesaikan pertikaian dengan bank berhubung rumahnya pada kira-kira pukul 10 pagi.

Yeo menjerit dalam bahasa Mandarin kepada mereka yang lalu lalang bahawa rumahnya di Taman Tan Sri Yaakob, Skudai yang dibeli dengan harga RM75,000 pada 1990, telah dilelong oleh bank tanpa pengetahuannya.

Katanya beliau telah menemui pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu selain bertemu ADUN Skudai Dr Boo Cheng Hou. Bagaimanapun tiada siapa dapat membantunya.

Tan yang lebih dikenali sebagai Don Puk oleh media di sini kerana penyertaannya dalam perang mafia di dalam laman Facebook, tiba di tempat kejadian 40 minit selepas Yeo memanjat belebas bangunan itu.

Beliau menghubungi Yeo melalui telefon bimbitnya dan memujuk dia untuk turun dan berjanji akan membantu mencari jalan menyelesaikan masalah itu.

“Yeo bagi tahu saya dia perlu bantuan untuk menjelaskan perkara itu dengan Bank Negara,” katanya kepada pemberita kemudian.

Tan memberitahu Yeo bahawa beliau dapat mengatur pertemuan dengan bank berhubung perkara itu tetapi hanya selepas Yeo turun.

Katanya beliau lega kerana dapat menyelamatkan Yeo kerana percaya sebarang masalah dapat diselesaikan.

Adalah difahamkan bank itu telah mengirim sepucuk surat kepada Yeo berhubung lelongan itu beberapa bulan sebelum ini tetapi ia tidak sampai ke tangan lelaki itu dan dikembalikan kepada bank.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada bank berhubung perkara itu.

Adalah dipercayai Yeo kemudian dibawa ke balai polis Permas Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan