Petani Changlun Merungut Sawah Tiada Air

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHANGLUN: Kira-kira 60 petani di lima buah kampung di sini merungut kerana tanaman padi mereka tidak begitu menjadi apabila sawah yang mereka usahakan tidak mendapat bekalan air yang secukupnya daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak Mac lepas.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Betung, Kampung Jeragan, Kampung Kubang Pasu, Kampung Lubuk dan Kampung Lubuk Batu.

Salah seorang petani Wan Saad Wan Daud, 67, mendakwa masalah itu berpunca daripada pemasangan Sistem Kawalan Air Automatik oleh JPS yang tidak mesra petani.

"Sistem yang dipasang oleh JPS terlalu terhad iaitu air dari sungai dipam ke saliran dari pukul 9.45 pagi hingga pukul 5 petang sahaja. Jadi air itu tidak dapat mengalir ke semua petak sawah di sini iaitu kira-kira 160 relung (kira-kira 46.4 hektar)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebelum JPS membuat sistem automatik itu, petani tidak mempunyai masalah dan mereka mendapat keuntungan bersih kira-kira RM1,500 serelung (0.29 hektar).

Seorang lagi petani, Abdul Majid Hanafiah, 63, berkata, mereka akan mengalami kerugian sekiranya masalah itu tidak dapat diatasi dengan segera.

"Proses tumbesaran padi terbantut kerana air yang disalurkan sangat sedikit dan ada sesetengah petak sawah tidak mendapat bekalan air," katanya.

Katanya, beliau sangat berharap agar pihak JPS mengkaji semula sistem itu ataupun menggunakan semula sistem manual yang digunakan sebelum ini.

Bagaimanapun Pengarah JPS Kedah, Ab Qahar Osman berkata, sistem yang digunakan oleh JPS tidak ada kena mengena dengan masalah yang dibangkitkan oleh petani.

"Sistem Kawalan Air Automatik digunakan untuk mengawal banjir di kawasan itu bukannya untuk mengairi kawasan sawah.

"Bagaimanapun kita akan turun padang melihat sendiri masalah itu dan menyiasat punca menyebabkan perkara itu berlaku," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan