Pembangkang Hipokrit Pertikai Kerajaan Tidak Keluarkan Lesen Judi - Nazri Aziz

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan pemimpin pakatan pembangkang sebagai hipokrit kerana masih mengkritik keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

Beliau berkata tindakan mereka itu jelas menunjukkan sikap pemimpin pembangkang yang bermuka-muka kerana sebelum ini mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pertaruhan sukan.

"Tengok lah pembangkang, bila kita tarik balik dia kritik juga... ini bukan soal takut pembangkang tapi soal mendapatkan maklum balas dari rakyat.

"Kerajaan kini lebih mementingkan suara majoriti rakyat sebelum mengambil keputusan melaksanakan sesuatu perancangan dan bukan berpegang kepada faktor lain seperti yang didakwa pemimpin pakatan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa keputusan kerajaan untuk tidak meluluskan lesen pertaruhan kepada Ascot Sports Sdn Bhd sebagai hanya sandiwara.

Beliau berkata ketika perkara itu berada pada peringkat cadangan, semua pihak mempunyai pandangan masing-masing namun pada akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima suara majoriti yang menolak cadangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan