Pelantikan Azmin tiada agenda tersembunyi - Anwar

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, pertukaran itu dilakukan ekoran beban tugas Khalid yang berat.

"Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program-program politik dikendalikan oleh orang lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pertukaran itu diumumkan semalam oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama dengan pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan berkuatkuasa serta merta.

Mengenai spekulasi 15 Anggota Parlimen PKR mendesak Khalid meletak jawatan, Anwar berkata, sebarang tindakan bagi mengetepikan Khalid perlu melaluinya terlebih dahulu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan