Orphancare, Jabatan Kebajikan Bincang Nasib Bayi

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayi pertama yang diserahkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (OrphanCARE) pada Sabtu lepas, berada dalam keadaan sihat, kata Pengerusi OrphanCARE, Datuk Adnan Mohd Tahir.

Beliau berkata, pihaknya masih berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menentukan keluarga angkat sesuai untuk menempatkan bayi lelaki seberat 2.7kg itu, yang dilahirkan Jumaat lepas.

"Kita masih meneliti setiap permohonan kerana pihak JKM turut terlibat dalam proses temuduga itu nanti.... 300 keluarga angkat masih menunggu untuk mendapatkan hak penjagaan bayi berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Bayi itu diserahkan oleh pasangan berumur awal 20-an kepada OrphanCARE yang dilancarkan pada 29 Mei tahun ini sebagai pusat perlindungan bayi pertama di negara ini.

Adnan turut menyelar kritikan yang dilemparkan terhadap OrphanCARE yang mendakwa pewujudan pusat itu menggalakkan kes kelahiran luar nikah.

"OrphanCARE ditubuhkan untuk menjaga bayi yang dibuang begitu sahaja. Jika kita tidak menjaganya, siapa lagi yang mahu berbuat demikian.

"Sesetengah pihak tidak wajar melemparkan tuduhan tanpa melihat kerja yang kita lakukan," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan dan NGO turut sama terlibat memastikan gejala pembuangan bayi di negara ini tidak meningkat.

"Saya menyeru pihak kerajaan dan NGO dapat menjalinkan kerjasama mungkin dalam bentuk sokongan moral, pendidikan seks dan sebagainya... pelbagai program secara menyeluruh patut dijalankan bagi memastikan perkara ini tidak meningkat pada masa depan," katanya.

Pusat berkenaan di Kampung Tunku di Petaling Jaya beroperasi 24 jam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan