Nur Jazlan Pengerusi Baru UDA Holdings

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nur Jazlan memegang jawatan Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) sejak 16 Jun lalu.
Nur Jazlan memegang jawatan Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) sejak 16 Jun lalu.

KUALA LUMPUR: UDA Holdings Berhad (UDA) menerima Pengerusinya yang baru, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkuat kuasa 16 Jun yang lalu menggantikan Datuk Hilmi Abdul Rashid.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat UDA, pelantikan selama dua tahun itu bagi menggantikan Hilmi yang telah menjawat jawatan itu sejak Jun 2008.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, Johor, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam di Parlimen dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional.

Beliau juga merupakan Ahli Association of chartered Certified Accountants (ACCA) United kingdom, Akauntan Bertauliah Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan Ahli Asean Federation of Accountant (AFA).

Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah United Malayan Land Berhad, Prinsiptek Corporation Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Jaycorp Berhad, TSH Resources Berhad dan Ekowood International Berhad.

Jelas kredibilitinya dan pengalaman dalam bidang korporat dan politik diyakini dapat membantu memacu perjalanan operasi UDA untuk terus menjadi pemaju hartanah dinamik.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan