Liew Pertahankan Cadangan Pinda Akta Akuan Berkanun

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V. K Liew mempertahankan cadangan untuk meminda Akta Akuan Berkanun bagi mewajibkan Pesuruhjaya Sumpah bertanggungjawab terhadap Akuan Berkanun (SD) yang mereka tandatangani.

Liew berkata, hujahan Majlis Peguam bahawa tugas Pesuruhjaya Sumpah (CO) hanya sebagai menjadi saksi bahawa orang yang menandatangani akuan itu adalah orang yang sama, adalah tidak kukuh.

"Terdapat banyak kes "orang" yang memalsukan tanda tangan orang lain dan mengemukakan Akuan Berkanun itu untuk disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Dalam keadaan seumpama itu, mereka langsung tidak mengesahkan identiti deponen itu," katanya di sini hari ini.

"Sepertimana diketahui Majlis Peguam, terdapat ratusan kes di negara ini di mana telah diputuskan oleh mahkamah, selepas bukti dikemukakan, tanda tangan orang yang sepatutnya adalah orang yang sebenarnya telah dipalsukan. Dalam keadaan seperti itu, apakah kedudukan CO yang mendakwa telah menjadi saksi kepada "orang sebenar" yang menandatanganinya? Pastinya, CO telah cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Liew menjelaskan terdapat kes di mana ratusan tanda tangan penduduk kampung dalam satu Surat Wakil Kuasa (PA) yang dikatakan memberikan hak dan kuasa mereka kepada syarikat atau orang tertentu untuk melakukan transaksi bagi tanah mereka.

"Pada hujung PA itu, terdapat tandatangan CO dengan akuan rasmi telah menjadi saksi bagi tandatangan penduduk kampung berkenaan. Dalam hampir setiap kes yang saya tahu, PA akan disertai dengan SD yang mendakwa apa yang mereka katakan dalam PA itu adalah benar," katanya.

Liew, yang merupakan seorang peguam sebelum dilantik Timbalan Menteri berkata berdasarkan pengalamannya, dalam semua kes yang dikendalikannya, tandatangan mereka telah dipalsukan selepas diperiksa oleh pakar tulisan.

"Dalam kes seperti ini, di manakah kedudukan CO, dan dalam kes JP (Jaksa Pendamai) yang mendakwa telah menjadi saksi bagi tanda tangan yang diturunkan oleh penduduk kampung di hadapan mereka?"

"Saya pernah temui kes di mana CO dan JP kononnya menjadi saksi bagi tanda tangan beberapa pemilik tanah yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika bukan salah CO dan JP yang tidak bertanggungjawab?," katanya.

Oleh itu katanya, Akta Akuan Berkanun dan Surat Wakil Kuasa serta kuasa yang diberikan kepada JP di bawah Akta Jaksa Pendamai, dengan itu perlu disemak semula kerana akta berkenaan yang diperkenalkan pada akhir 1950-an dan awal 1960-an, kini boleh dianggap sudah lapuk.

"Kaki tipu kini semakin bijak dan orang yang miskin, lurus, terutama dari kawasan luar bandar atau kampung, yang akan rugi dan menjadi mangsa kepada kaki tipu ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan