Khairy 'cacamerba' - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perang mulut antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Ibrahim Ali belum berkesudahan apabila hari ini Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu secara sinis menggelar Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu seorang yang 'cacamarba'.

Sambil mengucapkan penghargaan kepada Khairy yang menggelarnya 'gedebe politik' atau samseng politik, beliau tidak kisah digelar sebegitu kerana 'gedebe' membawa pengertian berani dan tidak pernah takut.

"Selepas dianugerahkan dengan gelaran 'jaguh kampung' dapat pula anugerah 'gedebe politik', selang sehari dapat dua anugerah.

"'Gedebe' adalah bahasa loghat Kelantan dan maknanya berani, tidak pernah takut, jadi kini saya seorang jaguh kampung yang berani," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Rembau itu menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik).

Khairy bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Ibrahim yang disifatkannya sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Banyak pihak berasa tidak senang dengan perbalahan terbuka kedua-dua tokoh terbabit yang menganggap ia tidak menguntungkan orang Melayu.

Ibrahim berkata, beza antara 'gedebe' dan 'cacamerba' amat ketara jauh.

"Walaupun digelar 'gedebe' tapi berani bela bangsanya dengan keupayaan sendiri," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan