Kerajaan Nafi Jual Tanah KTMB Di Singapura

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Oktober 1918.

"Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

"Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan. Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu.

Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan