Kerajaan Akan Senarai Hitam Kontraktor Istana Negara Jika Benar Tak Bayar Upah Pekerja

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya bercadang menyenaraihitam kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Istana Negara di Jalan Duta jika terbukti mereka tidak membayar gaji kepada pekerja-pekerja asing. Menteri berkenaan Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

"Saya bersimpati dengan pekerja asing walaupun masuk haram, tetapi mereka telah diketepikan hak kebajikan. Saya telah minta CIDB pagi tadi supaya segera menyiasat jika kebenaran ini ada dan mengikut data-data dari Kementerian Dalam Negeri.

"Jika benar syarikat-syarikat yang melaksanakan projek ini, walaupun projek ini merupakan projek design and build, maka kementerian tidak akan teragak-agak untuk mencadangkan supaya kontraktor berkenaan disenarai hitam pada masa akan datang," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab celahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang membangkitkan isu kontraktor tidak membayar tiga bulan gaji kepada lebih 1,000 pekerja yang terlibat dengan pembinaan Istana Negara, seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar The Star semalam. Mengenai pertambahan kos hiasan dalamannya yang dianggarkan sebanyak RM150 juta hingga RM200 juta seperti yang ditanya Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Shaziman berkata tidak berlaku pertambahan kos sebanyak itu.

Berkenaan isu siling Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang runtuh, Shaziman berkata mengikut laporan asal yang diterimanya tidak berlaku keruntuhan siling, sebaliknya hanya berlaku kebocoran paip.

"Apabila berlaku kebocoran paip, syarikat yang mengendalikan kerja-kerja baik pulih telah tukar paip dan meletakkan pelekat dan dalam masa yang sama meminta paip tidak dibuka dalam tempoh tertentu supaya ia benar-benar melekat.

"Malangnya telah berlaku masalah komunikasi apabila paip digunakan sebelum batangnya melekat, maka telah berlaku kebocoran dan ia kena buat satu lubang besar pada siling yang ada untuk melihat sendiri apakah punca-puncanya," katanya menjawab celahan M. Manogaran (Teluk Intan-DAP).

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan