Kenderaan Disita Dihantar Balik Ke M'sia: Konsul Besar Di Dubai

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Dua puluh empat kenderaan dari Malaysia yang disita kastam Dubai ketika cuba diseludup ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) beberapa tahun lepas telah diserah kepada polis Malaysia.

Konsul Besar Malaysia di Dubai, Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata, kebanyakan kenderaan berkenaan adalah daripada jenis trak pikap dan kenderaan pelbagai guna SUV.

"Kesemua kenderaan itu dalam perjalanan ke Malaysia dan dijangka tiba tidak lama lagi," katanya.

Media di UAE melaporkan kastam Dubai berjaya mengesan kenderaan terbabit sebelum ia memasuki pasaran auto rantau itu hasil kecekapan pegawai dan penggunaan alat pengimbas berteknologi tinggi.

Laporan media juga menyebut siasatan mendapati usaha menyeludup itu didalangi sindiket antarabangsa.

Syed Mohamad Hasrin berkata, kes pertama diketahui Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi pada 2007. Pejabat Konsul Besar di Dubai pula diwujudkan pada 2008.

"Hanya baru-baru ini pegawai dari kastam Dubai datang menemui saya untuk bertanya sama ada kita mahu melupuskan kenderaan tersebut atau dihantar balik ke Malaysia," katanya.

Dua pegawai dari Polis Diraja Malaysia datang ke Dubai selepas dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut dan memeriksa kenderaan terbabit, kata beliau.

"Selepas diperiksa mereka bersetuju agar kesemuanya dihantar balik untuk tindakan lanjut," kata Syed Mohamad Hasrin.

Beliau turut berterima kasih kepada kastam Dubai dan kedutaan di atas kerjasama mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan