Kemasukan Pra Sekolah Meningkat - Wee

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peratusan kanak-kanak yang memasuki pra sekolah meningkat daripada 59.56 peratus pada tahun 2005 kepada 70.4 peratus tahun lepas.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jumlah itu berdasarkan laporan "Education for All (EFA): Meet Decade Assessment" bagi tahun 2000 hingga 2005 yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran.

"Kadar kemasukan di sekolah rendah juga meningkat 0.3 peratus, iaitu 95.35 peratus pada 2005 kepada 95.65 peratus pada tahun 2009.

"Kadar murid yang menamatkan pelajaran sehingga ke Tahun Enam pula meningkat daripada 98.09 peratus pada 2005 kepada 99 peratus pada tahun lepas. Ini disebabkan bantuan yang diberi kepada murid seperti buku teks, skim bantuan tuisyen, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan kemudahan asrama," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) mengenai status negara dalam pencapaian EFA seperti yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Wee berkata dalam usaha meningkatkan pendidikan untuk semua, kementerian menjalankan beberapa program seperti kajian semula pendidikan bersama Unesco dan kajian menjejak kanak-kanak tidak bersekolah, yang akan dijalankan mulai tahun ini hingga 2014 bersama Tabung Kanak-kanak Bangsa Bersatu (Unicef).

Mengenai bantuan dan kerjasama dengan negara kurang maju dalam mencapai EFA, Wee berkata kerajaan memperuntukkan geran permulaan sebanyak US$5 juta (RM16 juta) bagi tahun 2010 dan US$1 juta (RM3.2 juta) bagi tahun-tahun berikutnya.

"Bantuan akan dilaksanakan melalui Program Kerjasama Malaysia-Unesco (MUCP) yang berperanan meningkatkan kerjasama selatan-selatan melalui program bina upaya yang akan memberi manfaat kepada negara-negara kurang maju, negara-negara kepulauan kecil dan negara-negara di bawah agenda utama Afrika," katanya.

Mengenai langkah kementerian untuk memastikan pelajar yang tidak bersekolah tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal, Wee berkata kementerian akan menjejaki kanak-kanak itu dan mengenalpasti punca mereka tidak bersekolah.

"Setiap tahun memang tak capai 100 peratus...sekitar 96 peratus. Ada yang tak masuk sekolah kita, mungkin sekolah di negara jiran...itu berlaku," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan