Azmin Ganti Abdul Khalid Terajui PKR Selangor

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat hari ini bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan di peringkat negeri... selain itu kita turut melantik Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetuai Wilayah Persekutuan," kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Wan Azizah lagi, keputusan berkenaan dibuat atas permintaan Abdul Khalid sendiri yang akan memberi tumpuan kepada pentadbiran Selangor, pembangunan di Kampung Baru dan kawasan bersempadan dengan Selangor.

Sementara itu Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tangunggjawabnya untuk menguruskan pembanggunan di Selangor terutamanya bagi memajukan ekonomi di negeri itu membataskan beliau untuk menerajui PKR di peringkat negeri.

"Pengalaman saya dari segi politik boleh jadi tak berapa (baik), parti berpendapat saya mempunyai banyak pengalaman dari segi ekonomi dan tugas untuk menumpukan kepada pelaburan dianggap lebih penting," katanya.

Abdul Khalid bagaimanapun menafikan permintaan supaya kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Selangor ditukar dibuat setelah menerima tekanan daripada pemimpin akar umbi di negeri itu.

"Tak ada (tekanan), saya banyak kerja... banyak aktiviti seperti pelabauran yang saya kena lakukan dan saya juga akan ambil alih operasi air di Selangor serta menumpukan kepada projek pembersihan Sungai Klang, projek-projek ini sangat penting," katanya.

Sebelum ini timbulnya desas-desus yang mengatakan wujudnya gerakan bantahan diperingkat cabang dan ranting di Selangor yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdul Khalid sebagai Pengerusi MPN.

Bagaimanapun jelasnya tanggungjawab yang diberikan pemimpin PKR Pusat kepadanya untuk memastikan Selangor kekal milik Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang menjadi cabaran besar yang perlu diutamakan.

"Selangor sangat sangat penting untuk Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat Malaysia kerana sumbangan ekonomi kepada negara ini adalah tertinggi dan melebihi 20 peratus.

"Oleh sebab itu saya mesti menumpukan tugas bagi memperkuatkan pentadbiran dan merancang supaya pertumbuhan Selangor lebih rapi.

"Jadi saya meminta kepada pucuk kepimpinan supaya memberi ruang kepada pemimpin lain untuk menjaga perhubungan negeri supaya kita ada dua pasukan iaitu untuk menerajui negeri dan organisasi parti yang juga sangat penting," katanya.

Bagi Mohamed Azmin beliau menyifatkan tindakan pembahagian kuasa diperingkat negeri dan parti yang selama ini dipikul oleh Abdul Khalid adalah lebih berkesan dan efisyen.

"Kita dimaklumkan bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada tahun hadapan, jadi kita akan menggunakan jentera parti sebaik-baiknya untuk menerangkan kepada rakyat dan mendapatkan lebih sokongan daripada pengundi Melayu.

"Ini (pembahagian kuasa) akan jadi lebih berkesan, kita boleh beri tumpuan untuk kekuatan parti, memang sebelum ini berlakunya pertindihan kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan