10 Rumah Musnah Dalam Kebakaran - Berita Semasa | mStar

10 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Isnin, 28 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga puluh orang daripada 10 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Jejaka Kampung Sungai Kerayong, Taman Maluri Cheras di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam 2.28 petang tadi mengenai kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira 8 minit kemudian.

"Setibanya di tempat kejadian, anggota kami mendapati sebahagian besar daripada 10 rumah papan itu musnah dan api marak dengan cepat.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi semua harta benda mereka tidak dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, 40 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Hang Tuah, Jelatek dan Pudu dan lima sukarelawan dari Bukit Bintang dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah berdekatan.

Azizan tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada litar pintas dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Kesemua mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat Sri Alam. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan