Usahawan Hartanah Kuching Hilang Ketika Memancing

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang usahawan hartanah di negeri ini, Datuk Lee Chong Lin dan tekong sebuah bot dikhuatiri hilang di laut setelah tidak pulang sejak keluar memancing di perairan Tanjung Datu dekat sini pada petang Rabu lepas, kata Ketua Polis Marin Wilayah Sarawak ACP Taib Sabot.

Beliau berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan Lee, 62, dan tekong bot Gabriel Khoo, 63, daripada isteri Lee, Datin Koh Joo Kheng pada 1.58 petang semalam.

"Polis menerima laporan kehilangan dua pemancing terbabit petang semalam dan ketika ini gerakan mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan polis dengan bantuan unit udara polis dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mereka yang keluar memancing menggunakan bot dengan enjin berkuasa tinggi kali terakhir dikesan pada kedudukan kira-kira 33 batu nautika dari Tanjung Datu bersempadan dengan perairan Indonesia.

Beliau berkata, kedua-dua mereka sepatutnya balik ke jeti Kelab Bot Santubong pada 25 Jun lalu, namun gagal berbuat demikian dan anggota keluarganya membuat laporan kehilangan mereka di Balai Polis Santubong di sini petang semalam.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan