Undang-Undang Buruh Dipinda Hanya Selepas Terima Maklumat Balas Pekerja

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan kepada pekerja bahawa pindaan yang dicadangkan terhadap undang-undang buruh negara akan hanya dibentangkan di Parlimen selepas ia menerima maklumat balas mereka.

Ini dinyatakan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S.Subramaniam pada mesyuarat Majlis Bersama Penasihat Buruh pada 27 Mei lepas, kata setiausaha agung MTUC G. Rajasegaran.

Sebagai susulan, majlis itu telah membentuk sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, majikan dan pekerja bagi menghalusi butir-butir pindaan itu, katanya kepada Bernama.

Setakat ini, jawatankuasa itu telah bermesyurat dua kali dan beberapa mesyuarat lagi dijadualkan bulan depan, kata Rajasegara.

Pada April, kerajaan mengumumkan cadangan meminda Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 selaras dengan situasi perburuhan di negara ini sekarang.

"Beberapa daripada cadangan itu adalah amat besar dan mempunyai kesan mendalam terhadap hak pekerja dan kami perlu memberikan input kami," kata Rajasegaran.

Beliau berkata MTUC lebih suka berunding daripada mengadakan demonstrasi di jalan raja bagi mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Rajasegaran menafikan yang MTUC mendalangi tunjuk perasaan pekerja Ahad lepas di Shah Alam berhubung pindaan yang dicadangkan itu walaupun Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud berucap pada perhimpunan itu.

"Pendirian rasmi MTUC ialah oleh kerana kita sedang berunding dengan kerajaan, kita tidak akan mengadakan sebarang protes sehingga selesai rundingan.

"Jika kita gagal capai kata sepakat, maka kita akan memutuskan bentuk tindakan seterusnya, mungkin termasuk mengadakan rapat umum bagi menjelaskan situasi kepada anggota kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan