UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.

"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.

Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.

"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.

"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.

"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan Umno Bahagian tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan