Rancangan Malaysia ke-10 Tumpu Pemuliharaan Hutan

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia untuk memulihara dua koridor hijau membabitkan kawasan yang luas di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan meliputi kawasan yang saiznya seluas Iceland.

Paling penting, ia akan melindungi flora dan fauna yang jarang-jarang ditemui, yang tidak ditemui di tempat lain, di kawasan yang dikenal pasti sebagai pusat kepelbagaian biologi di bumi ini.

Semasa membentangkan RMK-10 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan untuk melaksanakan "Central Forest Spine" (CFS) di Semenanjung Malaysia membabitkan 4.32 juta hektar dan sebanyak enam juta hektar lagi di Sabah dan Sarawak bagi inisiatif "Heart of Borneo".

CFS meliputi jaringan empat kawasan hutan utama iaitu dari Perlis di utara ke Johor di selatan, iaitu Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan, Taman Negara-Banjaran Timur, tenggara Pahang-Chini dan Bera dan kawasan Taman Endau Rompin Park-Taman Hidupan Liar Kluang, kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia Datuk Dr Dionysius Sharma.

"Manfaat utama daripada kejayaan pelaksanaan CFS ialah habitat penting hutan dan koridor semulajadi sedia ada akan dilindungi dan pada masa yang sama memulihara jaringan antara hutan yang terpisah melalui hubungan ekologi atau koridor hidupan liar.

"Koridor berkenaan akan menjamin pergerakan hidupan liar dengan selamat antara satu kawasan hutan dengan kawasan hutan yang lain dengan meminimumkan hubungan dengan manusia dan dengan cara ini, dapat mengurangkan potensi bagi konflik antara manusia dan hidupan liar," katanya kepada Bernama.

Sharma berkata ancaman utama kepada kewujudan hidupan liar ialah pembersihan hutan asli bagi aktiviti pembangunan, perladangan dan projek infrastruktur, menyebabkan kehilangan habitat dan juga pemecahan kawasan habitat.

Seluruh kawasan hutan yang luas itu merupakan rumah kepada banyak spesies flora dan fauna yang jarang-jarang ditemui. Misalnya, Bukit Fraser, diketahui menjadi rumah kepada 36 spesies tumbuhan dan sekurang-kurangnya satu spesies tarantula serta beberapa spesies katak dan reptilia yang tidak ditemui di tempat lain di dunia, katanya.

Sementara CFS yang merupakan landskap utama bagi harimau, adalah amat penting bagi Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Negara untuk menambah populasi harimau Malaya kepada 1,000 ekor menjelang 2020.

Inisiatif "Heart of Borneo" meliputi 200,000 km persegi yang menghubungkan hutan hujan di Kalimantan (Indonesia), Sabah dan Sarawak (Malaysia), dan Brunei Darussalam. Mendapat sokongan ketiga-tiga kerajaan, inisiatif itu berobjektif memulihara habitat Orang Utan Borneo, gajah pygmy dan badak sumbu.

Malaysia memperuntukkan empat juta hektar di Sabah dan dua juta hektar di Sarawak bagi inisiatif itu.

Di bahagian Malaysia akan meliputi kawasan hutan iaitu Taman Negara Kinabalu, Lembah Danum, Lembangan Maliau, Taman Negara Mulu, tanah tinggi Bario, Taman Negara Pulong Tai dan Taman Negara Batang Ai.

Taman Negara Kinabalu, diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia, diiktiraf sebagai pusat bagi orkid dengan lebih 2,000 spesies dan lebih 35 spesies pokok periuk kera. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan