Polis Pastikan Maklumat Keganasan Tidak Diketahui Umum, Elak Dieksploitasi

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan sebarang maklumat yang berkaitan keganasan seperti kumpulan Jemaah Islamiah (JI) tidak diketahui umum bagi mengelakkan ia dieksploitasi dan faktor keselamatan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pasukan khas berkaitan isu keganasan dalam proses memberikan taklimat tertutup kepada naib canselor dan pensyarah universiti dan beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan supaya berhati-hati bagi memastikan maklumat itu tidak bocor.

Katanya, jika maklumat itu bocor ada pihak akan membuat tuduhan yang tidak berasas selain ia turut membahayakan nyawa anggota polis yang terlibat dalam tindakan itu.

"Kita tidak mahu hanya kerana kita mahu telus berlaku perkara yang tidak diingini. Selepas itu ada pula pihak yang mengeksploitasi keadaan sehingga menjejaskan keselamatan. Sebagai contoh, ada pihak yang kata polis kaitkan Wahabi dengan pengganas, ini tuduhan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini semalam.

Baru-baru ini Musa mendedahkan bahawa sejak awal tahun ini PDRM telah menahan 10 anggota JI yang cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan.

Musa berkata, kesemua mereka yang ditahan adalah kumpulan yang berasingan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal tahun ini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Hishammuddin berkata, tugas polis hanyalah untuk membendung keganasan dan mereka tidak campur adukkan pengganas dengan ideologi sama ada agama atau politik.

"Isunya adalah keganasan...kita tak kira agama, politik, latar belakang dan warna kulit. Kita bukan hanya buru JI yang ada kaitan dengan orang beragama Islam tetapi turut buru militan yang melibatkan agama-agama lain," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah.

Katanya, KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.

"Hak bersuara mesti diimbangi. KDN mesti ambil tindakan. Kita dah bincangkan dengan Peguam Negara. Mereka kena tengok syarat-syarat KDN dan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan orang ramai. Saya difahamkan kementerian dah panggil akhbar itu," katanya.

Akhbar itu pada keluaran bertarikh 22-26 Jun lepas menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk 'Felda Bankrap' dan empat lagi artikel berhubung isu itu dalam keluaran sama.

Berikutan laporan itu, semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu.

Pada 29 Disember tahun lepas, akhbar yang sama menyiarkan berita bertajuk 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat' yang mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ditahan pihak Imigresen di Amerika Syarikat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Zambry kemudian memfailkan saman fitnah RM100 juta kepada akhbar itu dan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhbar itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada Zambry. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan