Pembangkang Hipokrit Pertikai Kerajaan Tidak Keluarkan Lesen Judi - Nazri Aziz

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan pemimpin pakatan pembangkang sebagai hipokrit kerana masih mengkritik keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

Beliau berkata tindakan mereka itu jelas menunjukkan sikap pemimpin pembangkang yang bermuka-muka kerana sebelum ini mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan membenarkan pertaruhan sukan.

"Tengok lah pembangkang, bila kita tarik balik dia kritik juga... ini bukan soal takut pembangkang tapi soal mendapatkan maklum balas dari rakyat.

"Kerajaan kini lebih mementingkan suara majoriti rakyat sebelum mengambil keputusan melaksanakan sesuatu perancangan dan bukan berpegang kepada faktor lain seperti yang didakwa pemimpin pakatan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang mendakwa keputusan kerajaan untuk tidak meluluskan lesen pertaruhan kepada Ascot Sports Sdn Bhd sebagai hanya sandiwara.

Beliau berkata ketika perkara itu berada pada peringkat cadangan, semua pihak mempunyai pandangan masing-masing namun pada akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima suara majoriti yang menolak cadangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan