Lebih Ramai Anggota PKR Akan Sertai Umno

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Lebih ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR)di Sabah dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.

Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy Berham Ruslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut semalam.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Tawfiq yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertai Umno sebagai suatu yang memeranjatkan.

"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertai Umno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.

semalam, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno, Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKR memperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan