KDN Panggil Editor Suara Keadilan Beri Keterangan Esok

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan surat panggilan kepada pihak pengurusan dan editor kanan akhbar Suara Keadilan untuk hadir esok memberi keterangan berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap Felda.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Ahmad Fuad Ab Aziz berkata surat panggilan itu dikeluarkan kerana pihak terbabit menyatakan secara lisan tidak dapat hadir ke KDN pada Jumaat lepas atas sebab-sebab tertentu.

"KDN memerlukan penjelasan lengkap mengapa tabloid berkenaan tidak dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada keluaran bertarikh 22-29 Jun lepas menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk "Felda Bankrap" dan empat lagi artikel di dalam keluaran sama.

Ahmad Fuad berkata KDN memandang serius mengenai perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap akhbar berkenaan di bawah Seksyen 7, AMCP 1984. Katanya, artikel berkenaan didapati secara jelas berpotensi menggugat ketenteraman awam dengan menyiarkan laporan berita dari sumber yang tidak sahih.

Malah, ia juga tidak mematuhi syarat-syarat permit (Kaedah-Kaedah Mesin Cetak dan Penerbitan (lesen dan permit) 1984) yang melarang akhbar itu dijual kepada bukan ahli parti dan diedarkan luar daripada markas parti. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan