Jangan Guna Media Kritik Parti - Fuziah

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh membidas tindakan segelintir Ahli Parlimen parti itu yang membelakangkan parti bagi menyuarakan kepincangan yang wujud terutamanya melibatkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan menggunakan saluran media bagi melakukan sebarang pendedahan menggambarkan kumpulan berkenaan tidak berpegang kepada prinsip politik baru yang diamalkan parti.

"Saya percaya kita mahu bergerak ke hadapan ke arah politik baru... kita perlu bincang setiap perbezaan pendapat secara terbuka (dalam parti), dan jangan ikut jalan belakang.

"Jangan pergi kepada media tanpa berbincang kepada pemimpin parti, sampai pemimpin parti pun tak tahu siapa anda," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program pemukiman PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan wujudnya kumpulan terdiri 15 Ahli Parlimen parti itu yang merancang untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Fuzaih yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, laporan berkenaan tidak berasas kerana tiada bukti jelas yang mengaitkan mana-mana Ahli Parlimen dalam pakatan berkenaan.

"Saya pun pening kepala... malah kita tak dapat nak namakan (siapa) mereka, media yang mulakan," katanya.

Sementara itu Fuziah turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam yang mendakwa Abdul Khalid dan barisan ahli exconya gagal melakukan perubahan di Selangor terutamanya berkaitan hal ekonomi.

Menurut Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kecewa kerana selepas sebulan teguran dibuat semasa Kongres PKR di Kota Baru baru-baru ini, tiada tindakan proaktif diambil oleh Abdul Khalid.

"Saya tak setuju dengan dakwaan itu, semasa kongres Menteri Besar sudah berjanji untuk perbaiki banyak perkara, contohnya beliau berjanji untuk lakukan perubahan dari segi penerangan Kerajaan Negeri Selangor.

"Kita dapat lihat selepas sahaja kongres itu, beliau sudah lantik seorang pengarah penerangan, progres sedang berlaku... saya fikir dakwaan itu sangat tak berasas apabila dikatakan tak ada tindakan progres, (sebenarnya) tindakan sedang diambil," katanya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin peringkat cabang dan ranting di Selangor ekoran tiada peruntukkan bagi mengerakkan aktiviti parti, Fuziah berkata tangapan berkenaan perlu diubah.

Menurut beliau PKR tidak pernah menggunakan wang kerajaan negeri untuk menggerakkan aktiviti parti.

"Parti tak pernah digerakkan menggunakan wang kerajaan negeri, itu adalah salah... salah kalau ada pihak anggap wang kerajaan boleh digunakan untuk menggerakkan pentadbiran parti.

"Parti sentiasa digerakakan oleh wang parti, tak ada pernah guna duit kerajaan negeri, kalau tak ada duit itu perkara biasa kerana PKR memang tak ada duit," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan