Jambatan Johor: Serah Pada Kerajaan - Tun Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu pembinaan jambatan Johor harus diserahkan kepada kerajaan pusat untuk tindakan seterusnya.

Ini kerana kata beliau, kerajaan lebih tahu mengenai apa yang harus dilakukan memandangkan ianya projek yang besar.

"Serah kepada kerajaan untuk kaji. Ini projek besar dan kerajaan sendiri tahu apa nak buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri Umno Kepala Batas, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Ketua Umno Bahagian itu diminta mengulas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam yang meminta kerajaan pusat mempertimbangkan semula pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.

Antara lain, baginda bertitah pembinaan jambatan baru itu akan menyelesaikan banyak masalah termasuk masalah pencemaran laut yang terpaksa ditanggung rakyat Johor, khususnya di Johor Baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan