Anwar Pertahan Khalid, Nafi Wujud Pakatan Kudeta

Diterbitkan: Ahad, 27 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai sekaligus menyangkal dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen yang mahu menggulingkan menteri besar itu.

Malah beliau turut memuji kekuatan pentadbiran Abdul Khalid yang memperlihatkan ketinggian integriti dan ketelusan.

"Kalau tanya saya apakah kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Tan Sri Abdul Khalid... kekuatannya ialah beliau dapat mempertahankan integriti, bersih, bertanggungjawab dan mengamalkan ketelusan.

"Prinsip ini yang tak dapat dipertahankan oleh pimpinan Umno dan BN (Barisan Nasional) di bawah pimpinan menteri besar terdahulu yang mempunyai kepentingan peribadi," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini malam ini.

Sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan terdapat komplot mendesak supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana didakwa gagal mentadbir negeri dengan baik.

Semalam, Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengakui pernah menegur kepincangan pentadbiran Abdul Khalid dan barisan ahli exconya yang didakwa gagal melakukan perubahan terutamanya berkaitan hal ekonomi di negeri itu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagaimanapun menafikan wujudnya gerakan untuk menggulingkan Abdul Khalid seperti yang dilaporkan media.

"Isu kalau kata ada pakatan gulingkan (Abdul Khalid) tak bangkit sama sekali, pimpinan parti seperti Ahli Parlimen, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) sebulat suara memberikan sokongan dan keyakinan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui wujudnya beberapa teguran di semua peringkat yang disifatkan baik untuk parti dan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor.

"Soal kalau ada pandangan itu biasa, sebagai parti yang demokratik ada baiknya, kita dengar input dari pelbagai ahli... Tan Sri Khalid pun tak sensitif (cepat melatah) sangat," katanya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini turut mengumumkan pelepasan jawatan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta.

Jawatan berkenaan diambil alih oleh Naib Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan