Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memulakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, selama tiga hari bermula hari ini, dengan menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama, yang akan meliputi empat daerah di negeri ini.

Kembara pertama sejak Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan lepas itu menjadi menarik apabila baginda sendiri memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer bermula dari JB Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan sebelum kembali semula ke JB Sentral.

Pada pelancaran kembara berkenaan hari ini, Sultan Ibrahim bertitah baginda berharap rombongan yang diketuainya dari Johor Baharu ke Kulaijaya, Kluang dan Segamat itu dapat melihat sendiri kehidupan dan cara hidup rakyat berbilang kaum.

"Perkara ini penting kerana dapat mengenali dan memahami rakyat, terutama rakyat di luar daerah. Bila kita rapat dengan rakyat, barulah mereka dapat nyatakan isi hati mereka," titah baginda.

Turut berangkat menyertai rombongan berkereta api pada kira-kira pukul 10 pagi itu adalah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Muhyiddin bagaimanapun hanya menyertai rombongan itu sehingga ke Kulaijaya.

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak dimulakan pada 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat.

Sebelum ini edisi kembara adalah dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor.

Usaha memandu sendiri kereta api itu bakal mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama memandu kereta api secara rasmi dan baginda dijadual dikurniakan lesen memandu kereta api pada majlis yang akan diadakan di Stesen Keretapi Gemas, Isnin ini.

Sultan Ibrahim menerusi kembara kali ini dijadualkan singgah di beberapa stesen keretapi termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Sejurus tiba di stesen keretapi, baginda dan rombongannya dijadualkan akan dibawa menggunakan kenderaan lain bagi melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat Kampung Pertanian di Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan