Perkasa Nafi Tuduhan Khairy Penghalang 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menafikan dakwaan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin bahawa pendekatan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa adalah pertubuhan yang membela bangsa Melayu dan bukannya pertubuhan rasis yang menyemai sikap bencikan bangsa lain.

"Teguran Perkasa terhadap beberapa isu seperti yang terbaru bersabit kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sepatutnya tidak disalah anggap sebagai kami penyebab penghalang semangat 1Malaysia ini," katanya di sini, hari ini.

Wee dikritik Perkasa kerana membangkitkan isu pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Bumiputera.

Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas berkata banyak isu menyentuh bangsa Melayu kini dan Perkasa bertanggungjawab mempertahankan mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Beliau berkata Pemuda Umno juga wajar bersama-sama Perkasa dalam mempertahankan soal berkaitan bangsa Melayu dan bukannya menambah perasaan marah dan menghamburkannya kepada Perkasa.

Sementara itu, Ibrahim menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd atas pertimbangan agama dan kesan politik.

Ibrahim menyifatkan tindakan Najib itu sebagai tepat dan telah mematikan hujah pembangkang terhadap isu itu.

Beliau kemudiannya mencabar PAS agar bersuara untuk menamatkan lesen judi di negeri yang diperintah pembangkang ketika ini.

"Saya cabar PAS bangkit isu lesen judi di negeri pembangkang dan hapuskan segera seperti apa yang dilakukan Najib," katanya.

Selain itu Ibrahim juga berkata tindakan Felda yang akan menyaman Suara Keadilan kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah juga adalah wajar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan